Tuesday, August 17, 2010

Nak Lepas Gian.........he he he

Saja nak try sebenarnya......idea asal adalah (1/5 daripada 9W2ROT)......

Bila masa lak nak try kat model bernyawa.......he he

Biar apa pun kepayahan yang ada......teruskanlah perjuangan ini.......
Penjuangan untuk terus hidup di muka bumi Allah ini.....Mudah-mudahan di permudahkan. InsyaAllah...

Sunday, August 15, 2010

Dah lama tidak update......

Ya......lama tak update kerana kita bukannya....
Bukannya seperti mereka...
Banyak yang perlu diuruskan...
Alangkah bahagianya.....seperti mereka...


Dah lama tidak update...
Banyaknye kerja......
Merancang untuk mereka,
Merencana untuk kebahagian mereka.....
Memikirkan untuk kesejahteraan mereka......
Mereka hanya menunggu dan bermain......
Dah lama tidak update......
Tidak cukup masa........
Hanya ada 24 jam........
Masa untuk mereka....
Masa untuk kampungku....

Hanya kini.....
Ada peluang untuk update....
Kerana kini aku ada masa....
Sesudah selesai perkara untuk mereka...
Dan sementara menunggu masa "BERBUKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"........
HA ha ha ha ha ha....

# SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA....

Wednesday, August 4, 2010

Kehidupan, Rakaman & Pelarian


Adakah kejadian kita....
Di muka bumi ini sia-sia?
Telah disarankan Yang Maha Kuasa....
Bagi "orang-orang yang mahu berfikir"
"Tiada satu yag dijadikan di dunia ini sia-sia.....

Justeru itu kenapa?

Pernah ku dengar.....
Alangkah bahagianya jika semua mengikut peraturan.....

Agaknya...ini lah jawabnya....
Mengapa dijadikan olehNya Syurga dan Neraka......

Kehidupan dan rakaman....
Seharusnya sebati dengan kita....
Kadangkala oleh ciptaan manusia dengan izinNya pun tidak terlepas...
Tercengang dikaunter cukai jalan......
Angkara rakaman....

Justeru itu kenapa?

Kehidupan dan rakaman...
Inikan pula rakaman yang akan di bentang...
OlehNya.......
Ketika mengadapNya.....

Agaknya ini lah jawabnya......
Mengapa diadakan "dosa dan pahala"....

Juteru itu kenapa?

Masih ada yang menyangka dapat melarikan....
Melarikan diri dari rakaman.....
Adakah mereka lupa....
Kamu akan diperlihatkan,
Apa yang diperlakukan......

Janganlah kamu lari.......
Menjadi pelarian.......
Kerana ...pernah kubaca....
Kehidupan itu suatu pelarian..........
Kita adalah pelarian yang akan .....
Dibentangkan rakaman.....untuk mendapatkan jawabnya.

Dosa atau Pahala.....
Syurga ataupun Neraka......

73.......

Jumpa lagii.......

Monday, August 2, 2010

Guna biar bertempat........

Ada kalanya kita...
Terlampau ingin mencuba sesuatu yang baru...
Terlampau khusyuk dengan kelebihan itu...
Sehingga kita lupa...
Akan perkara yang selalu di kecapi...

Jangan terlalu disanjung...
Kelebihan yang ada....

Jangan terlalu dihina...
Kekurangan yang tiba..

Biasanya kita mudah alpa
Dengan perkara biasa di jamah...
Sehinggakan itu lah yang terbaik ketika itu....
Terlupa...kerana ingin mencuba kelebihan yang ada...

Tak tahu menari...
Jangan di salahkan lantai,
Kerana lantai yang sama...
Menyokong lemah gemalai, inang..
Yang mendapat gemuruh tepukan penonton.

Usah ditangisi...
kegagalan masa kini....
Sempadan untuk kita berjaya...
Mungkin kegagalan kita...
Kerana membawa kereta digigi air.....
Kerana membawa sampan di jalan raya.....

* HA ha ha ha ha ha apa benda yang aku melalut ni tah.......
Tension latu......Puyu Gergasi & SMY hang jgn gelak......

73

Sunday, August 1, 2010

Antara Dulu dan sekarang

Gambar ini di ambil Julai 1987

SESUDAH LEBIH 20 TAHUN BERLALU........
31 Julai 2010

yaaaa.....masih rock kapak macam dulu gak he he
(Ketika sambutan 25th SMV Slim River-31 Julai 2010)

Saturday, July 31, 2010

Sorotan seminggu....

Program Aku Janji SPM/PMR SMK Tmn Tasik Taiping
(30 Julai 2010)
Rakan sekerja yang terlibat sama

Walau apa pun kita, harapan & doa tetap sama


Kedatangan tetamu ......

Logo Perasmian -Alumni SMV/SMT Slim River
(31 Julai 2010)

Menuju ke asrama

Petugas SMV Slim River-Kaunter Pendaftaran

Singgah sebentar RnR Spg Pulai -semasa pergi ke Slim River