Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Ke 53...

Perarakan Jalur Gemilang- Sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan...


Persiapan untuk menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke 53..
MENJANA TRANSFOMASI....

Adalah diharapkan supaya saya dan anda juga dapat menghayati tema ulangtahun kali ini......
kearah yang lebih baik untuk masa hadapan....

Semoga dipermudahkan....InsyaAllah...
73 Jumpa di lain keluaran....

Saturday, August 21, 2010

Hitam, putih kehidupan...

Adanya bayang.........
Bayang terjadi apabila sesuatu menghadap kepada cahaya.....
Kita...juga sama......
Apabila melakukan sesuatu....
Apakah bayang yang kita tinggalkan apabila menghadapi kehidupan ini?

Apakah warisan yang kita tinggalkan........

Penantian untuk mendapatkan sesuatu yang kita sangat berkehendak...
Amat menyiksakan........

Dalam kehidupan seorang wanita...tak boleh tinggal tisu....he he

Berlainan bentuk,rupa dan saiz kadang-kadang boleh buat kerja yg sama,
punya kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Begitu juga kita manusia..............fikir-fikir kan lah.......

Pesanan untuk saya, untuk anda juga....
73.......Jumpa Lagi

Tuesday, August 17, 2010

Nak Lepas Gian.........he he he

Saja nak try sebenarnya......idea asal adalah (1/5 daripada 9W2ROT)......

Bila masa lak nak try kat model bernyawa.......he he

Biar apa pun kepayahan yang ada......teruskanlah perjuangan ini.......
Penjuangan untuk terus hidup di muka bumi Allah ini.....Mudah-mudahan di permudahkan. InsyaAllah...

Sunday, August 15, 2010

Dah lama tidak update......

Ya......lama tak update kerana kita bukannya....
Bukannya seperti mereka...
Banyak yang perlu diuruskan...
Alangkah bahagianya.....seperti mereka...


Dah lama tidak update...
Banyaknye kerja......
Merancang untuk mereka,
Merencana untuk kebahagian mereka.....
Memikirkan untuk kesejahteraan mereka......
Mereka hanya menunggu dan bermain......
Dah lama tidak update......
Tidak cukup masa........
Hanya ada 24 jam........
Masa untuk mereka....
Masa untuk kampungku....

Hanya kini.....
Ada peluang untuk update....
Kerana kini aku ada masa....
Sesudah selesai perkara untuk mereka...
Dan sementara menunggu masa "BERBUKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"........
HA ha ha ha ha ha....

# SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA....

Wednesday, August 4, 2010

Kehidupan, Rakaman & Pelarian


Adakah kejadian kita....
Di muka bumi ini sia-sia?
Telah disarankan Yang Maha Kuasa....
Bagi "orang-orang yang mahu berfikir"
"Tiada satu yag dijadikan di dunia ini sia-sia.....

Justeru itu kenapa?

Pernah ku dengar.....
Alangkah bahagianya jika semua mengikut peraturan.....

Agaknya...ini lah jawabnya....
Mengapa dijadikan olehNya Syurga dan Neraka......

Kehidupan dan rakaman....
Seharusnya sebati dengan kita....
Kadangkala oleh ciptaan manusia dengan izinNya pun tidak terlepas...
Tercengang dikaunter cukai jalan......
Angkara rakaman....

Justeru itu kenapa?

Kehidupan dan rakaman...
Inikan pula rakaman yang akan di bentang...
OlehNya.......
Ketika mengadapNya.....

Agaknya ini lah jawabnya......
Mengapa diadakan "dosa dan pahala"....

Juteru itu kenapa?

Masih ada yang menyangka dapat melarikan....
Melarikan diri dari rakaman.....
Adakah mereka lupa....
Kamu akan diperlihatkan,
Apa yang diperlakukan......

Janganlah kamu lari.......
Menjadi pelarian.......
Kerana ...pernah kubaca....
Kehidupan itu suatu pelarian..........
Kita adalah pelarian yang akan .....
Dibentangkan rakaman.....untuk mendapatkan jawabnya.

Dosa atau Pahala.....
Syurga ataupun Neraka......

73.......

Jumpa lagii.......

Monday, August 2, 2010

Guna biar bertempat........

Ada kalanya kita...
Terlampau ingin mencuba sesuatu yang baru...
Terlampau khusyuk dengan kelebihan itu...
Sehingga kita lupa...
Akan perkara yang selalu di kecapi...

Jangan terlalu disanjung...
Kelebihan yang ada....

Jangan terlalu dihina...
Kekurangan yang tiba..

Biasanya kita mudah alpa
Dengan perkara biasa di jamah...
Sehinggakan itu lah yang terbaik ketika itu....
Terlupa...kerana ingin mencuba kelebihan yang ada...

Tak tahu menari...
Jangan di salahkan lantai,
Kerana lantai yang sama...
Menyokong lemah gemalai, inang..
Yang mendapat gemuruh tepukan penonton.

Usah ditangisi...
kegagalan masa kini....
Sempadan untuk kita berjaya...
Mungkin kegagalan kita...
Kerana membawa kereta digigi air.....
Kerana membawa sampan di jalan raya.....

* HA ha ha ha ha ha apa benda yang aku melalut ni tah.......
Tension latu......Puyu Gergasi & SMY hang jgn gelak......

73

Sunday, August 1, 2010

Antara Dulu dan sekarang

Gambar ini di ambil Julai 1987

SESUDAH LEBIH 20 TAHUN BERLALU........
31 Julai 2010

yaaaa.....masih rock kapak macam dulu gak he he
(Ketika sambutan 25th SMV Slim River-31 Julai 2010)